SEKALI LAGI....Cinta itu Milik Kita

12:19 AM Amyra 2 Comments

Assalamualaikum.

Ehem ehem. Kita bersiaran lagi secara tak berapa nak langsung dari blog Myra yang tak seberapa nie. Setelah berhari-hari mendiamkan diri mencari ilham apa menda nak di"repek"kan kat blog, hari nie myra datang balik sambil tersenyum nampak gigi rongak.

Actually hari nie hari bahagia aku sebab dapat berjumpa dengan membe kamceng zaman matrix dulu. Dah 3 tahun tak jumpa dan hari nie jumpa balik. Dah macam jejak kasih gayanya.

Dalam dok berjejak kasih kami sempat lagi tengok citer SEKALI LAGI. Yer hero and heroin dia memang artis fav aku. Wahh seronok. Apa yang dapat aku simpul and rumuskan Shaheizy Sam sekali lagi buat aku jatuh cinta kat dia. Watak pesakit automatik autisme yang dibawa Sam memang cun laa. Tak boleh blah bila dia panggil Lisa Surihani tue "aunty".  Ditambah plak dengan gelagat Mia Sara yang comel, lagi la woww. Cerita yang boleh menyentuh hati sesiapa yang rapuh hatinya. (Sila bawak tisu kalau korang rasa korang nie senang nangis bila tengok citer sedih)         


Jom layan trailer Sekali Lagi


p/s: Ada yang nangis dalam panggung yer. Siap mintak tisu kat aku.


You Might Also Like

2 comments:

  1. mcm best je.. .nk kna tgk ni

    cool sabtuday gathering with bloggers http://eleventx.blogspot.com/2011/07/blogger-sports-carnival-2011-with.html

    ReplyDelete
  2. @saiazuan-best..cepat pegi tgk kt wyg... :)

    ReplyDelete