"KAWAN vs KEKASIH"
Asslamualaikum.
Hello Readers.
Baru Myra perasan asal update blog je mesti cite pasal cinta, asal cite pasal cinta je mesti update blog. Ahh lantaklah. Actually kali nie pun ada kaitan pasal cinta jugak. Myra harap korang tak boring. :)
Kali nie Myra nak bincang pasal "KAWAN vs KEKASIH". Antara kawan and kekasih which one would be your priority? Bagi Myra depends pada situasi, ada situasi yang perlu kita utamakan kawan and begitulah sebaliknya.
Situasi 1
Roomate korang merangkap BFF(Best Friend Forever) tengah piyed pain plus migrain. Kiranya tengah sakit tahap kritikal la. And at the same time, incik "Buaya-friend" korang ajak dating tengok wayang cite Breaking Dawn P2 and esok dia dah kena balik KL. Korang memang nak sangat tengok cite tue dengan "Buaya-friend" korang. So korang terpaksa buat pilihan samada nak tinggalkan bff korang yang tengah sakit kritikal sorang-sorang kat bilik or terpaksa cancel dating ngan incik "Buaya-friend" and berfikir bila pulak korang boleh jumpa "Buaya-friend" memandangkan korang nie in LDR( Long Distance Relationship). Haa, waktu nie la korang terpikir nak ada Poket Doremon tak pun teknik Pembahagi Bayang Naruto tue kan??
Situasi 2
Tinggal lagi 3 hari sebelum percutian korang dengan kawan-kawan korang. Percutian yang memang korang nanti-nantikan. Dah bertahun plan nak ke Universal Singapore. Tiket semua dah siap beli, hotel dah booked. Tetiba korang dapat panggilan yang orang yang paling rapat dengan incik "Buaya-friend" korang meninggal dunia. And incik "Buaya-friend" korang sedih sangat sampai dia rasa macam separuh jiwa dia pergi. Dia perlukan someone untuk pulihkan semangat dia. So, sekali lagi korang terpaksa buat pilihan, kali nie korang terpaksa burn duit tiket flight, or korang akan pergi enjoy dengan kawan-kawan korang tinggalkan sidia.
So, apa yang korang nak buat? Kalau Myra dalam Situasi 1, Myra akan utamakan kawan sebab bagi Myra "there's always next time" risau pulak nak tinggalkan kawan yang tengah sakit tahap kritikal tue, takot nanti kalau apa-apa terjadi kita pulak yang dipersalahkan. Dalam Situasi 2, Myra akan pilih untuk tak pergi holiday walaupun tiket dah beli. Rasanya sidia sangat memerlukan orang yang dia sayang disisi dia untuk pulihkan semangat. Nanti bila semangat dia dah ok suruh dia ganti balik duit tiket and hotel yang dah booked tue. Ahahaha. Jahatnya Myra.
Lain orang lain pendapat dia. But for me, as long as Myra belum bergelar isteri yang sah Myra still ada hak untuk utamakan kawan berbanding "Buaya-friend". Why? Sebab dia belum tentu lagi akan jadi suami Myra.
"Buaya-friend" kalau sebulan tak contact (tak mesej and call langsung) mesti kita rasa macam we're nothing to them. Ala macam gantung tak bertali laa so, at that time mesti kita pun frust and think that relationship tue dah over. But bila kawan kita tetap akan anggap dia kawan walaupun dah bertahun tak contact. Betul tak? Betulkan Myra kalau Myra silap.
Enough dengan ayat-ayat merapu. So apa pendapat korang? Actually benda nie dah selalu sangat orang bincangkan tapi Myra nak jugak buat entry pasal nie.
p/s: Tak sabar nak tengok Breaking Dawn Part 2. Ehhh..
kkdang2 ada gak situasi mcm tu.. tp kalau hana berada di tempat org yang sakit tu.. hana xkisah pun kau nak kuar p mna pun. yelah bf jarang jumpa. lgpun kalau kau duk teman hana pun.. apa ja bleh buat..hehe
ReplyDeletesituasi 2 plak, hna tingglkan bf hana tu.. sayang la nak burn segala mcm benda tu.huhu kwn rapat dia tu kalau rapat dengan kita juga mesti kena ikut bf. Kalau kita xkenal. xyah la p. nnt orang keliling tengok atas bawah atas bawah plak.hehe
p/s : panjang berjela2 komen hana :)
sedang dilamun cinta ke? hehehehee
ReplyDeletehmmm i'm into kawin je for now.. sbb tu kawan je ngan semua pompuan... hope xde yang mengharap sesuatu dari zuan yang macho ni..hehehehehehehhe
personally saya rasa, kawan always first.
ReplyDeletekekasih tue dah jadi isteri baru prioritize lebih... :)
isteri kot..
kalau gf tue malas sket...
agree!!! even sy sbg lelaki xkn sentiasa dahulukn gf dr family & frens...
ReplyDelete*kalo dah bertunang tu lain story dia...kne la masing2 bertolak ansur & lebih memahami
@hnahdy: hikss..macam kes holiday tue memang agak rugi kalau nak burn semua, tapi kesian jugak kalau dia memang perlukan kita waktu tu.
ReplyDelete@zuan: dilamun cinta??tak laa..sama la kita..i'm into kawin jugak..hee..amboii zuan yang macho yerr.. :p
@razli tahir: Myra suka dengan pendapat awak.. :)
@kaizen: yeahh..