Bila Kau Jadi "Boss Segera".....
Dah korang tak payah nak buat muka pelik sambil garu kepala kenapa tetiba aku update blog. Blog aku, aku punya suka la bila masa aku nak update pun. Aku malas nak melalut panjang-panjang. Nanti ada masa aku cerita dekat engkorang mana aku menghilangkan diri. Sekarang yang penting aku nak mula berhujah.
"Boss Segera" nie aku kategorikan boss yang memang sejak azali lagi dia dah pegang title boss. Jadi boss bukan dengan kenaikan pangkat, senang cite macam nie la, kau anak orang kaya and bapak kau ada syarikat sendiri, at the end kau kena take over business bapak kau, itu aku panggil "Boss Segera". Paham tak? Kalau tak paham nanti contact aku, and aku akan explain panjang lebar. Aku bukan nak mengutuk atau mengata, tapi apa yang aku perhati most of "Boss Segera" nie perangai dia lain macam sikit. Yes, bukan semua tapi "kebanyakkan".
Bila kau jadi "Boss Segera" ataupun "Boss" aku rasa ada beberapa perangai yang perlu kau elakkan. Duduk bersila dan sambung pembacaan anda untuk lebih lanjut.
1. Lagak
Ya aku tau kau sekarang dah jadi boss. Boss yang baik tak akan sombong dengan pekerja dia. Tak guna kau nak bongkak, riak, takbur bagai sebab itu yang buatkan staff kau menyampah. Sudahlah staff kau nanti menyampah dengan kau, hari-hari kau kena kutuk berbakul-bakul. One more thing, tak luak pun kalau kau buat baik dengan staff ko tue sebab bila kau buat baik dengan staff, staff akan seronok nak bekerja, maka tempoh dorang bekerja akan berpanjangan mungkin sampai 3-4 tahun, so dekat situ dah kurang turnover staff dan korang dah boleh jimat wang dan masa cari new staff.
2. Kepercayaan
Bagi aku benda nie sangat penting. Trust. As a boss kau patut percaya staff kau nie mampu buat kerja, boleh diharap. Kalau kau tak berapa percaya sangat dengan staff kau pun jangan la tunjuk sangat. Kau ingat orang suka sangat ke bila dapat tau orang tak percaya dekat dia. Itu belum kira "micromanage" lagi.
3. Favoritism
Nie pun masalah besar. Orang yang kau suka tue seronok la tapi yang kau tak suka tue? Come on la, boss yang bagus adalah boss yang menilai pekerja dia dari segi prestasi bukan dari segi dia baik dengan kau maknanya dia suka kau kalau dia tak baik dengan kau tandanya dia benci kau selalu kutuk kau. "Double Standard" benda yang kau akan selalu jumpa tak kira la dekat mana pu kau pergi mesti ada.
Aku malas nak hurai panjang lagi. Aku tau tak semua ada masalah dengan boss dorang. But this is reality yang kuli macam aku kena hadap.
p/s : Tak bermakna boss aku nie "Boss Segera" dan perangai serupa diatas. Ekceli aku tengah mengantuk. Kalau dapat power nap nie power jugak.
hahaha. sokong!
ReplyDelete