Personal

YESS!! Akhirnya Google Adsense dah kembali.

8:43 AM Amyra 4 Comments

Assalamualaikum. 

Hello Readers. 

Salam Jumaat dan Selamat pagi. Hari nie aku sampai ofis pukul 7.15 pagi. Punyalah awal padahal working hours aku start pukul 9.00 pagi. Kenapa aku awal hari nie, nantilah aku ceritakan. Since aku sampai awal, so aku gunakan masa nie untuk update 1 entry. 

Aku sebenarnya agak happy semalam. Ye la mana taknya, setelah beberapa lama aku menunggu dengan penuh kesabaran, akhirnya Google Adsense aku kembali. Sebelum nie aku dah pernah tepek Google Adsense dekat blog aku nie, tapi mungkin dia take out sbb aku tak aktif dan view aku pun SENDU. Aku tak pasti apa faktor yang menyebabkan Google approve Adsense aku. Tapi Alhamdulillah aku bersyukur. Aku harap lepas nie aku rajin menulis balik dan aku harap ada orang yang sudi baca blog aku yang tak seberapa nie. 


Setelah semalaman aku godek, aku masih tak dapat cara nak masukkan ads nie dekat mobile view. Anyone yang tau macam mana cara dia mintak tolong ajarkan. Dah berkali aku cuba tepek script dkt template aku. Masih tak berjaya. Sesiapa yang nak berkongsi macam mana cara dia mintak tolong komen yer. 

Owh, ada orang bagitau aku yang blog nie tak menarik sebab putih je, terlalu kosong. So orang tak tertarik dan cepat bosan. Honestly aku tak tau pun yang template blog aku nie tak menarik sebab pada aku dah cantik and aku memang dah suka. Tapi kalau aku syok sendiri orang lain yang nak membaca tak suka, no point kan. So guys, I need your komen on this. Help me ya.

Ok lah, Aku tak nak membebel panjang-panjang sebab sekarang dah 8.30 pagi dan aku perlu bersiap-siap untuk mula bekerja. Maklumlah pekerja contoh kan. 


Untill we meet again. Bye. 



You Might Also Like

4 comments:

  1. Alhamdulillah. Kak Feni pon baru dapat awal tahun ni lepas tukar alamat emel.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tahniah...selamat menabung ye...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. da boleh kumpul balik =)

    ReplyDelete