Asthma ketika Berpuasa

12:22 PM Amyra 5 Comments

Assalamualaikum.

Kejap je dah masuk hari ke 5 puasa. Cukup 5 hari tak korang puasa? Kihkihkih. Migha mngaku tak cukup sehari sebab hari ketiga tue Migha kena ambil ubat setiap 4 jam. Ubat apa? Ubat Asthma.

Cerita bermula bila buka puasa hari sabtu tu Migha minum air tebu. Eh bukan minum secawan tau, seteguk je. Diulang, SETEGUK. Selama nie kalau berbuka puasa dengan parents, dorang memang tak pernah belikan air tebu sebab katanya tajam dan Migha kalau minum mesti batuk. Sama macam air tembikai kalau minum mesti batuk. Tapi since dah lama sangat tak minum, Migha saja la cuba-cuba dan teringin punya pasal kan. Lagipun lepas kena warded kat Pusrawi hari tu batuk Migha dah nampak kurang, so another reason why Migha try minum jugak air tebu tu. Memang Migha isi penuh secawan, tapi minumnya cuma seteguk sebab balance Mr D dah telan. 



So, malam tu aktiviti still berjalan macam biasa. Gelak ketawa, tengok bola sampai awal pagi and terus bersahur. Masa tue dah start batuk sikit-sikit. Orang kata dia bagi mukadimah. Migha expecting things will be ok tapi ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. Nak dijadikan cerita lepas Subuh, Migha sambung tidur and masa nie lah Migha batuk sampai tersedak masa tengah tidur. Benda paling tak best sekali jadi. Terjaga dia mula la rasa dada sempit and batuk pun dah start teruk. Dah teruk pun Migha still ikut yang lain pegi sana-sini sebab ingatkan boleh bertahan. Bila dah pukul 5 petang, muka dah start pucat, nak bernafas pun dah tak boleh. Masa tue rasa macam dah tak boleh bernafas langsung. Nak bercakap pun dah tak larat. Macam nak mati. So; dorang paksa jugak Migha ke Hospital Selayang. Kali nie takde pujuk rayu, terus je hantar. 

 
Nie sebenarnya gambar masa kena warded hari tu.

Sampai je Hospital Selayang, MO bertugas suruh Migha terus ke Zon Asthma. Dia bagi Nebulizer untuk bukak paru-paru while Mr D settle hal pendaftaran. Habis satu neb dia check breathing still tak ok, so another neb given. Dah amek 2 neb Migha dah boleh bernafas sikit and sembang macam biasa. But breathing takde la smooth macam biasa. MO check balik, dia tak puas hati sebab katanya bunyi paru-paru still ketat so dia cucuk ubat dalam darah masih jugak tak okay. Doktor suruh bagi another Neb. Yaaayyy neb kali ke-3. Tak pernah seumur hidup amek neb lebih dari sekali ya gais. This is my first time. Even dah masuk kali ke 3, breathing still tak smooth, MO dengan Doctor suruh bagi sampai la neb yang ke-5. Lepas neb ke-5, Doktor cakap dia nak wardedkan Migha so that dorang boleh monitor breathing tapi Migha takmau. Hospital Kerajaan mana nak paksa patient, so Migha yakinkan doktor muda handsome tu yang Migha akan ambil ubat seperti yang disarankan. So everything settle dekat pukul 8 malam jugak la.

Disebabkan rasa was-was boleh puasa ke dengan pengambilan Ventolin Inhaler tu, keesokkan harinya Migha tak puasa. Ye la sebab ada yang cakap kita masukkan sesuatu dalam mulut. Tapi lepas bukak puasa baru la Migha terjumpa gambar yang di share dekat facebook. So, kalau bulan puasa tapi kena amek inhaler asma puasa batal ke tak? Jawapan dia tak mengikut fatwa Shaikh Ibn Utsaimin.

 
 

So lepas nie tak perlu risau lagi kalau nak berpuasa walaupun ada asthma. And boleh proceed plan nak pi buat ujian Saringan HIV nanti.

Yayyyyy.




You Might Also Like

5 comments:

  1. baru pagi tadi IQ dengar dekat HOtfm pasal ambik inhaler ni masa bulan puasa, memang tak batal puasanya. anyhow, semoga cepat sembuh! jangan minum sembarangan air lagi ok migha! jaga kesihatan.

    ReplyDelete
  2. gws migha

    mati2 ingt korek hidung n telinga batal posa..sbb telinga kite slalu sakit..nk korek time posa xbrni tkot batal

    ReplyDelete
  3. Nasib baik tak jadi apa-apa.. hmmm..take care migha

    ReplyDelete
  4. get well soon ya...salam perkenalan
    https://umifuzy.blogspot.my/

    ReplyDelete