Travel

Checklist Sebelum Balik Beraya di Kampung.

9:17 PM Amyra 12 Comments

Assalamualaikum.

Salam 23 Ramadhan.

Hari nie hari Ahad terakhir sebelum kita menyambut Aidilfitri. Masa macam sekarang nie dekat mana pun sesak, mana dengan yang nak shopping raya, tak kurang jugak dengan yang sibuk membeli barang untuk buat kuih.

Dalam masa macam nie Migha ambil pendekatan untuk lepak dekat rumah dan siapkan packing mana yang patut. Ye la jauh perjalan ke Kedah nun. Takut ada yang tertinggal nanti. So, kat sini Migha sediakan senarai semak sebelum kita balik beraya di kampung. Harapnya dapat la membantu sedikit sebanyak.

1. BARANG KEPERLUAN
Haa. Yang nie memang selalunya seminggu sebelum balik kampung Migha dah start mengemas. Takot ada yang tertinggal ye la bukan dekat weh nak patah balik. Jom Migha listkan barang keperluan apa yang perlu kita bawak bila nak balik beraya.
  * Baju Harian yang mencukupi. Selain baju harian pakaian dalam jangan pulak dilupakan.
  * Baju Raya, Kasut Raya, Handbag, Tudung Raya dll. Menangis la kalau tertinggal nie. 
  * Toiletries - berus gigi, sabun mandi, perfume dan barangan mekap. 
  * Camera/ GoPro/ DSLR. Takkan la korang tak nak bergambar dengan family masa hari raya nanti.
  * Charger/ Powerbak. Yang nie penting sekali ya tuan-tuan dan puan-puan. Bawak balik DSLR tapi tertinggal charger pun tak guna jugak.
  * Personal Care - cermin mata, contact lens, ubat-ubatan, minyak angin. Untuk orang macam Migha sangat penting untuk tidak tertinggal "beg ubat". Naya kalau tertinggal. 

2. SERVIS KERETA
Yaa. Since nak berjalan jauh nie kena la hantar kereta tue servis. Barulah "Bumblebee" sihat. Ye la ini untuk pastikan perjalanan kita lancar dan selamat sampai ke destinasi.

3. TOPUP TOUCH N' GO
Memandangkan PLUS dah umumkan yang kaunter tambah nilai akan ditutup untuk melancarkan perjalan dari 22 Jun sehingga 2 Julai, ada baiknya korang topup dulu kad Touch n' Go korang sebelum perjalan. 

4. PASTIKAN RUMAH DITINGGALKAN DALAM KEADAAN SELAMAT.
Sebelum korang keluar rumah, check dulu kepala gas. Pastikan kepala gas tu dicabut. Kunci semua tingkap dan pintu rumah korang. Kalau boleh biarkan ada 1 lampu yang terpasang, takde la pencuri tahu yang memang rumah korang tak berpenghuni sepanjang seminggu nanti. Dah kunci rumah jangan pulak tertinggal kunci kat dalam. - Pesanan nie memang khas untuk Migha sebab pernah tertinggal kunci kat dalam bilik. 

Yaaa semua dah ada dan dah check? Yaaayy. We're ready to go. Pandu kereta dengan selamat. Kalau mengantuk berhenti R&R dan berehat dulu ok. 

"PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG"

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN.


You Might Also Like

12 comments:

  1. Balik beraya ada checklist rupanya.
    Thanks.

    ReplyDelete
  2. Selalunya nak exam, nak kawen je ade checklist. Raya pun nak kena eh? hihi

    ReplyDelete
  3. fuhh, satu pun IQ tak buat lagi, sibuk sangat sekarang..huhu

    ReplyDelete
  4. I just remember I didn't turn off the wifi once I reach my parents'. huaaaa TT__TT

    ReplyDelete
  5. Clearkan makanan dalam peti. Kang blackout rumah bau wangi. Hahaha

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya.
    Jangan main meriam di malam raya. Siang raya boleh.

    ReplyDelete
  7. nice tips sis :D

    jemput join giveaway Nurul ye http://www.syahirahvaliant.com/2017/07/giveaway-nurul-friends.html

    ReplyDelete
  8. Baru baca tapi dah habis cuti raya. Apply untuk cuti raya tahun depan la aci je kan? 🤣

    ReplyDelete
  9. Barang saya yang bawak balik raya pun sama dengan yang ada di checklist Migha. Tapi bila tak buat checklist, time balik & dh smpai rumah mulalah perasan ada beberapa barang tertinggal kat kampung..huhu

    ReplyDelete
  10. lambat pula baca entri ni..hehe
    sbluan selepas tu bru bce..hihi
    best raya kat kampung? ^_^

    ReplyDelete