Movie

Movie: War of The Planet of The Apes

6:48 PM Amyra 10 Comments

Assalamualaikum.

Setelah beberapa lama Migha tak tengok wayang, last weekend baru sempat nak tengok wayang. Actually bukan tak sempat tapi lebih kepada nak berjimat. Last movie, tengok kat wayang rasanya cerita Transformers.

Migha memang menunggu trilogi Apes nie dan seronok sangat bila Mr D buat keputusan untuk join yang lain tengok wayang hari Sabtu lepas. Macam biasa port lepak tengok wayang kitorang mestilah Lotus Five Star (LFS) Selayang. Dah la murah, tak ramai orang pun. Serius tak tipu.

Secara jujurnya Migha agak teruja dengan tajuk War of the Planet of the Apes. Bila kita dengar dia seolah-olah bakal terjadinya satu perang antara Apes dan Manusia. Tapi sayangnya ianya hanyalah perkataan yang tak berapa menggambarkan jalan cerita sebenar sebab perperangan tu cuma waktu awal dan akhir cerita je. Ya, Migha sedikit kecewa disitu.

Bagi Migha, secara keseluruhan jalan cerita nie mudah difahami, melainkan kalau korang tak fokus. Ada scene sedih, ada scene kelakar. Ada satu karekter "Bad Ape" nie memang kelakar. Korang tengok muka dia pun dah. Maklumlah selama nie dia keseorangan, bila dah jumpa geng tue teruja di lain macam sikit.

Watak-watak dalam filem nie Migha boleh katakan berjaya. Woody Harrelson yang memegang watak sebagai Colonel berjaya buat Migha rasa geram macam nak pi tumbuk je dia tue. Kalau nak cerita yang berlakon jadi Apes nie lagi la terbaik sebab movie nie menggunakan motion teknologi, jadi pelakon perlu meniru gaya seekor mawas dan mereka berjaya. 

Sinopsis
Kisah bermula apabila, satu pasukan tentera yang diketuai oleh The Colonel telah menyerang tempat tinggal Caesar dan puaknya yang lain. Dalam serangan tersebut, Caesar mengalami satu kehilangan besar yang menyebabkan karekternya berubah dan bertekad untuk membalas dendam. Berikutan dari serangan tue, Caesar menyuruh puaknya yang lain berpindah ke tempat selamat, manakala dia dan 3 lagi kawannya bertekad untuk mencari markas The Colonel. Semasa perjalanan mencari markas The Colonel, mereka terjumpa seorang budak perempuan tak boleh bercakap di sebuah rumah. Kenapa dia tak boleh bercakap,  apa yang jadi selepas tu, korang kena tengok sendiri. 

Migha bagi 3.5/ 5.

Selamat Menonton.

P/s : Nie hanyalah pendapat Migha dan pendapat kita mungkin berbeza.

You Might Also Like

10 comments:

  1. Migha bagi rating 3.5 jea yea...tak apala, saya tunggu keluar kat astro la baru tengok..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Lebih separuh tu kak. Bagi Migha dia kategori ok la. Takde la menarik yang wow gitu. Orang lain mungkin cakap cerita nie best.

      Delete
  2. Best ye.. ayah Syafi minat citer ni

    ReplyDelete
  3. ain pun, sekarang kalau nak tengok wayang kena berjanggut jgak. haha. by the way, jalan cerita sounds agak best. tapi tu lah, entah bila nak tengok hihihi

    ReplyDelete
  4. salam..
    hi migha...
    yaya sejak dia kua muvie 1st xtgok pun
    huhu..best ke..ade yg kate best tp yaya xminat pula nk tgok citer org utan ni.. =p
    kalau avatar layan la jugek..huhu >,<

    ReplyDelete
  5. LZ akan tengok movie ni nanti untuk feel sendiri sebab LZ dah ikuti filem Planet of the Apes sejak mula lagi..

    ReplyDelete
  6. Bestnya.. tak sempat tengok lagi..

    ReplyDelete
  7. Dah lama x tgk wayang wahhhh ada citer baru ye...baca teaser pun cm mendebarkan hehe

    ReplyDelete
  8. lisa tertidur time tengok ni . timing yang dia kena seksa dalam jail tu

    ReplyDelete
  9. Cam best plak tgk trailer, nanti nak tengok la.

    blogwalking here. =)
    Jemput singgah >> www.ceritahuda.com

    ReplyDelete