Career

Microsoft Excel - Penting ke Tidak?

1:44 PM Amyra 0 Comments

Assalamualaikum. 

Hello Readers. 

Selamat hari Ahad!! Heh, korang mesti tengah bermalas-malasan dekat rumah, or tengah dating and spend time dengan family kan. Have fun and have a great days ahead guys.

Well aku skang nie tengah bekerja. YER AKU DEKAT OFIS. Apa ke peliknya HR kerja hari Ahad. Tapi untuk aku yang bekerja dengan boss bangla, tiada yang pelik ye. Semuanya tidak mustahil. So aku pasrah. Padan muka, dapat keje cuti Sabtu Ahad tapi aku pilih untuk stay. PADAN MUKA KAU MIGHA!

Disebabkan aku bekerja hari nie dan sambil-sambil aku buat kerja, aku terlintas nak berkongsi cerita dan pendapat aku tentang MICROSOFT EXCEL.  Aku percaya semua orang tau apa itu Microsoft Excel, cuma yang membezakan kita sejauh mana ilmu Microsoft Excel tu.


Aku mula bekerja tahun 2012, lepas aku grad aku start bekerja sebagai Assistant Foreman. Secara jujurnya pengetahuan aku pasal Microsoft Excel nie aku boleh katakan kosong. Aku tak tau apa sampaikan duty roster pun aku buat dalam Words. Ada reports yang in Excel dan aku hanya ikut membuta tuli. Yer tanpa tahu fungsi dan macam mana. Apa orang ajar, itu aku buat - takde soalan lanjut. Lepas tu baru la aku sikit-sikit tahu apa tu Excel dan hanya tahu benda basic. Masa tu bagi aku semua pengetahuan aku dah cukup. Ye la, staff tak ramai, so boleh la copy paste je. Setakat function SUM, tambah tolak aku dah pandai. kira ok la tu.

Sampailah tahun 2015 bila aku start kerja dekat company yang staff ramai. Total headcount dalam 2000 lebih. Task pertama aku adalah untuk compile semua data staff dengan dorang punya details - no IC, bank account no dan beberapa item lagi. Bayangkan masa tu aku cuma tau Copy & Paste dan staff ada 2000 lebih, dateline esok. Kau tak rasa aku menggelabah nak menangis, sebab kena copy 1 by 1. Masa tu la baru tersedar betapa kerdilnya diri, pegi belajar dengan colleagues yang dah lama kerja and power Excel. So dekat situ aku start belajar, rupanya banyak lagi function yang kau boleh guna untuk mudahkan kerja seharian kau. Dari VLOOKUP, how to MAIL MERGE, PIVOT TABLE, semua aku belajar dekat sana. Alhamdulillah, hari nie dengan apa yang aku belajar dulu banyak benda yang aku boleh improve dekat tempat kerja sekarang. Aku takde la power tapi bolehlah. Kadang tu aku kena google jugak. Masih dalam process pembelajaran.

Bagi aku, penting untuk sesorang tu belajar Microsofr Excel. Especially bila kau dah bekerja, sebab excel akan banyak memudahkan dan mempercepatkan kerja kau. Yer, aku tau bukan semua pekerjaan perlu ada knowledge Microsoft Excel nie tapi tak salah kalau kita belajar. Mana tau satu hari nanti berguna. Jangan pulak kau jadi Manager, tapi FILTER dengan HIDE kau tak reti beza. APO?? Benda basic kot wei.

Pesanan aku untuk fresh grad, korang ada masa pergi la kelas Excel nie. Masa aku dekat U dulu takde kelas Excel nie sekarang dah tua baru terhegeh-hegeh nak cari kelas Excel. Nasib baik tak terlambat. OK. Aku nak sambung cari kelas belajar Excel.

Bye.



You Might Also Like

0 dah "bash" Myra: