Travel

Checklist Sebelum Travel & Holiday

8:12 PM Amyra 5 Comments

Assalamualaikum.

Hello Readers.

Tahun nie bukan main banyak long weekend kan. Seronok kalau dapat pegi bercuti nie. Aku pun mula la survey-survey tiket flight dengan hotel. Korang selalu survey tiket flight dengan hotel dekat mana? Aku prefer Traveloka, sebab macam-macam ada dekat dalam tue. Senang dan mudah. Kalau korang nak tau, Cathay Pacific Airline Tickets pun boleh beli dekat Traveloka dengan harga yang berbaloi. Domestic flight? Semua ada. Tak payah risau, Fireflyz flight tickets pun korang boleh beli dengan Traveloka. Memang berbaloi. Bagi aku, kadang-kadang bila kita beli dari thrid party macam Traveloka ni harga dia lagi murah compare beli direct dari website flight or hotel tu.

Tiket dengan hotel dah booking. Tinggal tunggu hari travel je. Aku memang sejenis malas nak packing. So aku memang akan packing last minit. So bila packing last minit, paham-pahamlah mesti akan ada possibilities untuk tertinggal barang kan. Sudahnya aku akan make sure sebelum start packing aku sediakan dulu checklist barang-barang penting dan keperluan yang kena dan wajib bawak kalau nak travel.

1. PASSPORT
Ini benda penting yer. Nak pulak kalau travel overseas. Make sure pasport korang tak expired dan masih berbaki minimum 6 bulan daripada tarikh travel kita. Kalau nak selamat dan nak elak benda-benda yang tak diingini, buat satu salinan passport and letak dalam cover handphone or dompet korang. "Buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh." Eh ternyanyi pulak.

2. TRAVEL INSURANCE ATAU TAKAFUL
Benda nie orang selalu ambil ringan dan mudah sebab kita tak pernah experience sakit atau kemalangan masa travel. Malang tak berbau gais, so better prepare. Selalunya travel insurance ni tak mahal dalam RM100 je. Dan pastikan perlindungan kita tu boleh guna direct tanpa perlu keluarkan sesen pun. Bukan sejenis pay and claim yer gais, 

3. SIMKAD & DATA
Untuk orang macam aku, adalah sangat penting untuk prepare simkad & data ni. Kalau tak sempat nak beli siap-siap simka, aku akan prepare roaming sementara nak dapatkan simkad or wifi dekat hotel. Selain daripada tu, korang jugak boleh guna portable wifi. Portable wifi nie korang boleh dapatkan dekat KLIA dan selalunya dia akan charge ikut bilangan hari. So bolehlah share dengan kawan or family. Sharing is caring kan.

4. INTERNATIONAL ADAPTER
Tolonglah jangan tinggal benda nie. Nanti tak ke satu hal nak mencari adapter nie dekat sana bila korang sampai. Kang tak bergambar la korang masa holiday tu. Banyak kedai yang jual international adapter ni dan harganya pun bagi aku mampu milik sebab korang boleh guna banyak kali. Tak silap aku range dalam RM17-RM40 macam tu. Tengoklah kedai mana yang korang pergi tu.

5. TOILETRIES
Aku memang akan bawak travel kit toiletries. Jimat space satu hal then takde la aku panik-panik, boleh bawak naik flight ke tak barangan toiletries aku tu, Kalau aku rajin, aku akan cari shampoo or body shower yang dalam tester pack tu. Lagi mudah, pakai buang je.


 So far, nie antara benda penting yang aku akan make sure aku masukkan dalam travel bag aku. Benda nampak simple je tapi kalau tertinggal tak keruan hidup. Selamat bercuti gais.

p/s: Stay safe people.

You Might Also Like

5 comments:

  1. nice sharing. memang benda wajib pun kalau nak fly hehe

    ReplyDelete
  2. nice sharing n insyallah membantu untuk kawan2 buat checklist.
    insurance please jangan dilupakan.. sangat penting.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian. setakat ni kak takda pengalaman ke luar negara lagi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Insyaallah nanti ada rezeki Umi nak ke luar negara.

      Delete
  4. wahhh, teringin nak pergi travel kat luar pulak. Inshaa Allah kalau ada rezeki lebih, boleh lah nanti heheheh. Tapi buat masa sekarang ni kena hold dulu nak pergi mana-mana pun, dengan situasi buruk macam ni. Risau lain pulak yang jadi

    ReplyDelete